CERPEN: Menagih Redha Ilahi – Mohamed Afiq Amani

Kicauan sang burung silih berganti. Riang bersahut-sahutan berpadu

irama membuai hati yang lara. Pawana menderu menenangkan gelora jiwa yang

membadai tiada penghujungnya. Dinginnya menusuk kalbu namun tidak

mendinginkan ceruk kamar hati Saiful Najmi. Rindu pada isterinya bertamu

kembali. Baru semalam Laila pergi menghadap Ilahi angkara barah payudara.

Pemergiannya saat Saiful Najmi sudah kembali ke pangkal jalan. Memori lalu

benar-benar mengusik jiwanya.

“Abang… tak cukup barang kemas saya abang gadai, tabung anak abang

ambil. Abang tak kesian ke dekat Marisa. Dia simpan duit ni dah lama. Bagi saya

balik tabung ni.” Laila cuba merebut kembali tabung yang diambil suaminya

“Ah…aku peduli apa! Aku perlukan duit. Kalau aku tak dapat benda tu

macam mana aku nak hidup! Kau jangan menyusahkan aku. Berambus.” Saiful

Najmi berkeras. Tubuhnya yang cengkung, berjalan terhuyung-hayang dan

berkhayal seolah-olah tidak berada di bumi yang nyata semakin

membimbangkan Laila. Angkara dadah durjana hidup suaminya semakin hilang

“Abang…cukup-cukuplah menagih dadah. Abang tak kesian ke pada saya

dan anak kita. Kita berubat ye bang. Laila nak abang yang dulu… yang ada

tanggungjawab pada keluarga. Tolong berubah demi anak-anak.” Laila merapati

suaminya. Sendu sekali melihat keadaan Saiful Najmi yang tidak terurus.

“Nanti-nanti la aku berubah. Sudah la. Aku tak nak dengar kau membebel.

Aku pergi dulu. Nanti jangan lupa masak. Aku lapar!” Serentak itu Saiful Najmi

berlalu pergi. Sekejap saja hilang dari pandangan mata. Laila terduduk dan

jiwanya diruntun rasa pilu.

Awan gemawan indah meredupkan bias cahaya mentari. Pawana

bertingkah menderu meredakan gelora jiwa yang bertandang. Tenang sekali

melihat buih-buih pantai yang menerpa anak kaki tatkala melintasi kawasan itu.

Suara teriakan dan pekikan mematikan lamunan Laila setelah menjemur ikan

kering di persisiran pantai itu.

“Laila… oww Laila! Suami kamu ni mencuri di kedai Pak Yaakob. Baru je

minggu lepas kena tangkap ceroboh rumah Haji Leman, ni buat hal pulak. Tak

serik-serik.” Rakus Pak Mat menutur kata. Laila kaget dan tertunduk malu.

“Abang… apa lagi abang buat ni. Abang kenapa tak mahu insaf lagi? Abang

tahu tak najis dadah tu dah musnahkan hidup abang. Laila malu…malu!” Laila

tidak tertahan lagi. Rasa marahnya membuak-buak. Kesabarannya hancur

“Laila…aku minta maaf! Aku bukan sengaja. Tapi aku perlukan duit nak

beli benda tu. Kalau tak ada benda tu aku boleh mati.” Saiful Najmi perlahan-

lahan menutur kata. Masih tidak jijak ke tanah barangkali seolah-olah berada di

“Sudah! Saya dah muak dengan kata maaf abang. Saya dah letih dengan

semua ni. Seksanya jiwa saya tak pernah abang peduli. Makan minum dekat

rumah tak pernah abang ambil tahu. Pak Mat… buat la apa yang Pak Mat nak.

Saya dah tak peduli. Abang Mi tak pernah dengar nasihat… langsung tak ada

usaha nak berubah. Laila dah tak kisah.” Dalam mengungkap bicara, entah

mengapa berjuraian air mata keluar dari tubir anak mata Laila. Seakan-akan

menyerah kalah dan pasrah dengan suaminya. Sangkanya, dia mampu mengubah

suaminya namun hampa.

Malam yang bertamu kelam sekali. Pawana yang menderu kencang

sekencang keresahan Saiful Najmi. Kilat mulai sabung-menyabung dan akhirnya

bumi dibasahi deraian air mata langit yang tidak tertahan lagi. Dalam kamar

gelap dan terasing itu, Saiful Najmi dilihat semakin bingung. Berkali-kali meraup

tangan ke muka. Duduk bercanggung tanpa baju dan berseluar pendek lusuh.

Tubuhnya mengigil dan mengeletar. Kadang-kadang dia meraung minta

dilepaskan. Apa yang ada hanya timbunan buku-buku agama.

“Hei orang tua…lepaskan aku. Aku tak nak duduk dekat sini. Aku tak nak!

Lepaskan aku. Aku nak bebas.” Saiful Najmi memekik. Bergema suaranya.

“Duduk diam-diam dekat situ. Aku cuma nak tolong kau. Aku kesian

tengok Laila. Kalau kau pergi dari sini kau tak akan berubah dan Laila semakin

terseksa.” Ustaz Hamidun bapa mertua Saiful Najmi bersuara lantang dari luar

“Aku tak nak! Lepaskan aku. Aku terseksa. Aku tak tahan duduk dekat

sini… lepaskan aku. Tolong la. Aku merayu.” Saiful Najmi merengek semacam

budak-budak. Tangannya tidak lekang-lekang mencuit hidung penyetnya yang

“Selagi kau tak berubah dan tak mahu kembali ke pangkal jalan. Aku tak

akan lepaskan kau. Duduk la kau dekat situ sampai bila-bila. Sampai sembuh

ketagihan kau pada dadah. Nasib baik aku tak serahkan kau pada polis tahu.”

Ustaz Hamidun semakin bengis. Di kawasan terpencil itulah dia mendirikan

beberapa pondok untuk mereka yang mahu mendalami ilmu agama. Sangat

sunyi dan jauh dari dunia luar.

Masa terus saja berlalu. Terlalu cepat. Hari demi hari, Saiful Najmi di

bentuk daya ketahanan yang tinggi dalam melawan nafsunya pada najis dadah.

Setiap kali dia meraung dan kelihatan lemah beberapa orang lelaki akan

menjirusnya dengan air sungai berhampiran supaya dia sedar kembali. Dia

dikawal dengan ketat sekali. Makan minumnya terjaga. Dia didedahkan dengan

ilmu agama. Bagi mengisi hari-harinya, dia membaca buku-buku keagamaan

yang disediakan. Rutin yang sama setiap hari sehingga dia mulai mencari erti

ketenangan yang sebenar-benarnya. Hampir setahun tujuh bulan dia ditahan dan

akhirnya dia benar-benar bebas dari najis dadah. Sungguh benar kata pujangga,

saat hati mengenali erti ketenangan hakiki maka menjauhlah musibah dari