Jaringan Sokongan

jaringan

Kepentingan Jaringan Sokongan

Salah satu faktor yang boleh membantu kepulihan anda atau orang yang tersayang daripada masalah dadah adalah dengan membina dan menjalin hubungan bersama kumpulan sokongan. Ini adalah kerana mereka boleh memberi sokongan emosi dan maklum balas yang jujur mengenai diri anda. Kumpulan sokongan yang baik juga sentiasa memberi panduan dan pertolongan apabila anda atau orang yang tersayang menghadapi masalah.

Antara kumpulan yang boleh membantu anda adalah Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) dan Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya (PPRS). JKPD dianggotai oleh Badan Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Salah satu objektif utama JKPD ialah menggalakkan penyertaan masyarakat dalam membantu klien supaya mereka tidak kembali menagih dadah, lantas mengintegrasikan mereka ke dalam masyarakat, merancang, menyelaras dan melaksanakan program/aktiviti untuk klien.

PPRS pula ditubuhkan bagi membolehkan bekas-bekas penagih dadah berpersatuan dan merancang serta terlibat secara aktif sebagai pembimbing bagi membantu rakan-rakan yang senasib dengan mereka untuk mengekalkan kepulihan.