"Kasih sayang dan hubungan kekeluargaan yang erat boleh menjauhkan anda atau yang tersayang daripada masalah dadah"

"Ambil Kisah. Ambil Tindakan."

Laman web wecareweserve.org merupakan usaha berterusan pihak kami untuk memberi pengetahuan dan kesedaran mengenai bahaya dadah kepada ibu bapa dan remaja. Kami juga menyediakan tip-tip dan panduan berguna untuk membantu pencegahan awal mengenai masalah dadah dalam kalangan keluarga, rakan dan mereka yang tersayang.

Kami menyediakan perkhidmatan rawatan dan pemulihan secara terbuka kepada semua golongan masyarakat yang mempunyai permasalahan dadah secara percuma, sukarela, tidak melibatkan perundangan, tanpa prasyarat dan maklumat anda juga akan dirahsiakan. Anda boleh mengunjungi Klinik Cure and Care 1Malaysia dan Cure and Care Service Centre di seluruh negara sekiranya anda mempunyai masalah dadah.

Transformasi perkhidmatan rawatan dan pemulihan dadah ini telah mendapat pengiktirafan badan-badan antarabangsa, mendapat maklum balas yang sangat positif dari klien dan ahli keluarga mereka serta diterima baik oleh pihak NGO.

Kami percaya dengan konsep perkhidmatan secara terbuka, sokongan berterusan dari ahli keluarga dan yang tersayang, kita mampu membantu penagih dadah untuk dipulihkan.