RAJA LAWAK RAYA CCRC KOTA TINGGI 2013

KOTA TINGGI, 20 September : Pada 20.09.2013 berlangsung aktiviti Raja Lawak Raya Peringkat CCRC Kota Tinggi 2013. Melibatkan wakil dari setiap asrama mempersembahkan kreativiti masing-masing seterusnya menghiburkan klien dan juga kakitangan. Sungguhpun aktiviti berbentuk hiburan, ianya menerapkan semangat berpasukan dan melahirkan idea yang kreatif dalam membuat persembahan. Majlis penutup disempurnakan oleh Pengarah CCRC Kota Tinggi dan sekalung tahniah kepada Asrama Delima kerana menjadi juara Raja Lawak Raya Peringkat CCRC Kota Tinggi 2013.