Penglibatan Komuniti

Aktiviti Terkini

Caring Community House

cchpix2

cchlogoCaring Community House (CCH)/Rumah Komuniti merupakan sebuah premis yang beroperasi sebagai pusat aktiviti kemasyarakatan yang digerakkan oleh masyarakat setempat melalui sebuah jawatankuasa dikenali sebagai AJK CCH (AhliJawatankuasa CCH).

AJK CCH berperanan untuk mengurus dan mengendalikan program-program kemasyarakatan dengan melibatkan pemimpin-pemimpin masyarakat, badan-badan bukan kerajaan (NGO’s) dan lain-lain institusi/ pertubuhan sosial setempat.

Program-program CCH yang boleh digerakkan oleh masyarakat setempat merangkumi aktiviti-aktiviti pendidikan pencegahan dan pemulihan lanjutan seperti kelompok sokong bantu/sosial, program motivasi, kemasyarakatan, kerohanian, sukan dan rekreasi, gotong royong dan integrasi ke dalam masyarakat.

CCH turut berperanan untuk menggerakkan gelombang kesukarelawan komuniti setempat dalam usaha membantu kerajaan dari aspek rawatan dan pemulihan, pencegahan dan pencegahan penagihan semula. (SKUAD 1Malaysia)

Sekiranya anda seorang yang prihatin, berminat dan mempunyai kepakaran dalam membantu masyarakat setempat yang menghadapi permasalahan dadah, anda dipelawa untuk melibatkan diri dalam menggerakkan dan melaksanakan aktiviti-aktiviti di CCH.

Skuad 1Malaysia

sk1mpix2

sk1mSKUAD 1Malaysia (Sukarelawan Antidadah) ditubuhkan pada tahun 2011 sejajar dengan salah satu daripada 7 komitmen utama Kementerian Dalam Negeri, iaitu komitmen yang ke 7: Menggerakkan Gelombang Kesukarelaan.

SKUAD 1Malaysia menggabungkan semua persatuan sukarelawan AADK di bawah satu payung. Semua persatuan ini akan bergerak sebagai satu pasukan.

Peranan SKUAD 1Malaysia ialah:

  • Memberi kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah kepada masyarakat;
  • Memberi pertolongan dan sokongan kepada mereka yang menghadapi permasalahan dadah;
  • Menjadi ejen penyalur maklumat dan mempromosi perkhidmatan AADK.

Kepada yang berminat untuk menjadi ahli SKUAD 1Malaysia, sila layari www.adk.gov.my untuk maklumat lanjut.

Daftar sebagai ahli SKUAD 1Malaysia di sini.

Semak Status permohonan sebagai ahli SKUAD di sini.